Sabtu, 3 Disember 2016

6 WEBSITE YANG ANDA WAJIB LAWATI

 6 Website Yang Anda Wajib Lawati

  
Zaman kini semuanya mengambil peluang untuk memanfaatkan pengunaan “hujung jari” sebagai pemudah cara mendapatkan pelbagai maklumat. Apabila kita mempunyai akses kepada Internet, suatu dunia baru yang penuh maklumat terbuka untuk anda. Internet merupakan alat yang paling penting untuk kita mencari maklumat, berkomunikasi dan membuat penyelidikan. Dengan Internet, tentunya anda juga mempunyai website yang kerap anda lawati dan berguna untuk anda. 

Website adalah sekumpulan halaman informasi yang disediakan melalui jalur internet sehingga boleh diakses di seluruh dunia tanpa terbatas ruang dan waktu.


Pada tahun 2014, terdapat lebih kurang 1 billion website dan blog. Anda pasti terkejut bukan? 1 billion bersamaan dengan 1000 juta, sejuta ada sebanyak seribu kali. Kalau website dah banyak sangat, mesti susah nak cari website yang berguna untuk kita bukan.

Disini El nak share beberapa website atau blog dalam Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai orang tidak tahu. 6 website yang anda wajib lawati tetapi ramai yang tidak tahu akan website2 ini. Website yang dinyatakan telah memberi manfaat kepada ramai orang adalah:


Government.my menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan.


Laman web JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan dimana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat loan betul? Akan tetapi kerja kerajaan ni sudah pasti bukan senang nak apply, macam2 ujian mental dan fizikal nak diuji tau pas2 kenalah tabah nak apply tu banyak kali huhu. Tapi kalau ada kabel tu senanglah kut hahaha

 
Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmarknya sekarang.

 
4. Saps Ibu Bapa 

Ha ini website sangat wajib bagi ibu-bapa yang mempunyai anak. Ha mcm el ni kalau selepas anak2 habis buat peperiksaan siap2 lah depan komputer nak tengok result anak2 el..bolehlah compare peperiksaan awal, pertengahan dan akhir tahun.  Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.


  
5. APDM
 
Laman web apa APDM ni? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. Apdm bermaksud aplikasi pangkalan data murid.


6. Hrmis2 

HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.

El pun rasa anda2 semua tentunya aware dengan 6 website yang el terangkan tadi. Kepada yang menganggur dan sedang mencari pekerjaan tentunya 3 laman website tadi dapat membantu heyy. Dan ibu-bapa yang belum tahu tentang kewujudan SAPS untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak anda jangan lupa ye untuk klik website tu ok.

Diharapkan agar pengenalan kepada 6 website yang berguna tapi tak popular ini membantu pembaca sedikit sebanyak. Share dan sebarkan kepada rakan-rakan semoga ianya bermanfaat kepada semua. :)
 
 

Khamis, 1 Disember 2016

MENGHILANGKAN PARUT, JERAGAT DAN MENGECIL LIANG PORI DENGAN VITAMIN C SERUM BY ANNONA



MENGHILANGKAN PARUT, JERAGAT DAN MENGECIL LIANG PORI DENGAN VITAMIN C SERUM BY ANNONA
  
Anda ada masalah liang pori terbuka? Parut? Kulit kusam? Kedutan akibat penuaan pramatang? Jeragat?

Tahukah anda VITAMIN C mampu menghilangkan masalah ini dan juga membantu mencerahkan kulit?

WANITA DAN KECANTIKAN MEMANG TAK DAPAT DIPISAHKAN

Kini anda tidak perlu risau lagi. Vitamin C Serum ini akan menjadi penyelesaian kepada masalah kulit anda.

 
PENGENALAN

Memperkenalkan produk terbaru dari Annona, Vitamin C Serum. Kelebihan Vitamin C Serum ini adalah 10x lebih Vitamin C dan akan menambahkan keyakinan bahawa masalah kulit muka dan bahagian lain dapat di atasi. Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang boleh menyebabkan penyakit kulit.
 

  Dan yang paling utama, Vitamin C berfungsi untuk mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

 
Pada Ahad 27/11/16 yang lepas berlangsungnya Majlis High Tea dan Pelancaran Vitamin C Serum oleh pengasas Annona, Puan Nurhusni Mahad Nor. Untuk pengetahuan anda produk ini beroperasi di Kulim, Kedah.



  KELEBIHAN VITAMIN C UNTUK KULIT

1. Berfungsi sebagai antioksida kuat yang berperanan melindungi kulit daripada radikal bebas yang
menjadi punca penuaan pramatang

2. Menghalang sinaran UV matahari yang menyebabkan kulit rosak dan tua sebelum waktunya.

3. Membantu mencerahkan kulit melalui mekanisme pengurangan penghasilan melanin.

4. Bertindak sebagai exfoliant yang berfungsi menanggalkan sel-sel mati daripada permukaan kulit
seterusnya menjadikan kulit semakin lembut, halus dan cerah.

5. Dapat menanggalkan bintik hitam yang tak normal pada kulit.

6. Berfungsi sebagai anti-inflamasi yang sangat baik untuk mengatasi masalah jerawat.

7. Membantu penyembuhan luka pada kulit.

Kandungan bahan dalam Vitamin C Serum atau VCS


Antara Kebaikan Vitamin C Serum dari Annona ini adalah:


 o  Melembap dan menganjalkan kulit


o  Memperbaiki tisu kulit


o  Memudarkan kesan pigmentasi kulit


o  Mengecilkan liang pori terbuka


o  Memudarkan kesan parut
 

TESTIMONIAL PENGGUNA VITAMIN C SERUM



 Vitamin C Serum ini juga boleh digunakan oleh kaum lelaki juga ok. Ha bukan kaum wanita je nak cantik, nak gebus, nak putih nak jaga kecantikkan. Kaum lelaki sekarang pun jangan main2 tau..nak jugak cantik yelah nak jaga juga penampilan diri barulah confident tak gitew



Terima kasih pada pihak Annona kerana menjemput el dan 2 orang rakan blogger zaf dan sha untuk memeriahkan lagi majlis pelancaran VCS tempoh hari di Ixora Hotel. Teruja tengok penampilan model2 VCS dan pengasas produk VCS, Puan Husni Mahad Nor gebus, cantik dan menawan.



 
 
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Vitamin C Serum boleh hubungi RAKAN NIAGA VCS yang berdekatan dengan anda 





Untuk keterangan lanjut anda boleh melayari website ANNONA di:

Instagram: @annonaofficial